Whale BTC Punyai Kesabaran Tinggi, Pelaburan $30 Juta Dah Jadi $535 Juta!

346

“Tunggu sejak 2018 kot takkan la tak dapat hasilnya, tapi agak-agak whale ni nak cash out atau nak pegang lagi BTC?”

Setelah lima tahun berdiam diri, whale mata wang kripto (BTC) secara tiba-tiba bertindak memindahkan 8,000 BTC ke address Binance yang menjadikan pelaburannya $30 juta pada jumlah sangat mengagumkan $535 juta.

Menerusi pemerhatian, address BTC tersebut telah memperoleh sejumlah besar aset digital tersebut pada 6 Disember 2018 semasa harganya berada pada $3,810 dan perlu diketahui banyak pelabur melihat keuntungan besar pada rizabnya sejak spot BTC ETF diluluskan.

Suka dimaklumkan sesungguhnya menghantar aset digital ke bursa kripto biasanya menunjukkan niatnya yang berhasrat menjual atau merealisasikan keuntungan yang sudah dipegangnya selama bertahun-tahun.

Memang tidak dinafikan BTC yang pada masa ini didagangkan di atas $67,000 telah merudum sedikit, tetapi keuntungan keseluruhan whale tersebut pastinya melebihi kejatuhan sekarang susulan ia beli semasa harganya masih di bawah $5,000.

Pun begitu, ramai lagi pelabur boleh mengikuti jejak whales tersebut susulan hard fork BTC pertama baru sahaja berlaku tiga bulan lepas ditambah pula spot BTC ETF yang diluluskan pada Januari 2024 dapat mendorong lagi harganya mencanak lebih tinggi.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC menjunam sebanyak 0.18% pada paras $67,439 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $1.3 trilion kemudian merekodkan penyusutan 5.18% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat