‘Whale’ Tidak Gentar! Tambah $19.39 Juta Nilaian Shib Di Tengah Insiden Penggodaman!

640

Ekosistem kripto Shiba Inu pada hari ini telah melancarkan acada yang paling dinanti-nantikan iaitu Shiba Eternity. Ia merupakan suatu permainan CCG yang ditawarkan oleh pihak Shiba. Walaupun di tengah-tengah keadaan pasaran yang tidak menentu ia tidak membantutkan pelancara permainan tersebut di pasaran.

 

Namun sayangnya, ia di lihat kurang mendapat sambutan apabila data muat turun rasmi pada 6 Oktober kurang mendapat sambutan dan secara tidak langsung gagal untuk mendorong kenaikan harga Shiba Inu.

 

Sementara itu, selepas pelancaran permainan rasmi SHIB Shiba Eternity, kelompok ikan paus telah menunjukkan minat yang besar terhadap token meme ini.

 

Berdasarkan data Whalestats, kelompok-kelompok ikan paus telah menambah sekitar $19.39 juta nilai kripto Shiba Inu di tengah-tengah penurunan harga. Alamat ‘whale’ itu menambah 1.7 trilion token SHIB dalam satu transaksi ke dompetnya. Data menyatakan bahawa pengumpulan ikan paus ini dilakukan melalui perantara bursa pertukaran Huobi.

 

Perlu diingatkan bahawa langkah yang dilakukan whale ini adalah di tengah-tengah kejatuhan harga kripto Shiba Inu baru-baru ini. Walau bagaimanapun, modal pasaran kripto global gagal naik malah turun sebanyak 2% lagi sepanjang hari lalu. Ia kini berjumlah kira-kira $954 bilion.

 

Harus dimaklumi bahawa penurunan baru-baru ini disebabkan oleh satu lagi eksploitasi kripto yang mengejutkan industri. Berdasarkan laporan terkini, telah berlakunya insiden penggodaman Binance Bridge menyebabkan rangkaian BSC digantung selama berjam-jam. BSC menyebut bahawa kira-kira $100 juta hingga $110 juta dijangka akan dikeluarkan dari rantaian. Sementara itu, sekitar $7 juta telah dibekukan oleh pasukan Binance pada peringkat awal.

 

Harga kripto Shiba Inu telah menurun sebanyak 3% dalam tempoh 24 jam yang lalu.SHIB didagangkan pada harga purata $0.000011, pada masa akhbar. Ia masih memegang paras pasaran sekitar $6.12 bilion dalam keadaan pasaran yang tidak menentu.

Terdahulu, WhaleStats melaporkan bahawa pada 6 Oktober 2022, dua ikan paus mengalihkan sekitar 2.1 trilion kripto Shiba Inu dari dompet mereka ke Coinbase. Nilai kumulatif transaksi ini berjumlah sekitar $24.3 juta.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat