Whales Dogecoin Mengganas! Harga Bakal Canak Atau Junam?

155

“Dogecoin VS Shiba Inu, agaknya siapa yang akan menang nanti?”

Pemulihan pasaran mata wang kripto menjadi punca memecoin terbesar Dogecoin (DOGE) menyaksikan pendakian sebanyak 30% pada bulan Januari walaupun dalam tempoh dua hari lepas terdapat sedikit penyusutan.

Penurunan pada masa itu terjadi susulan kebanyakan whales bertindak menjual sejumlah besar DOGE kerana minat yang berkurangan, dan Shiba Inu (SHIB) yang bakal melancarkan Shibarium Beta pula menarik perhatian pelabur.

Difahamkan, whales didapati memindah hampir 1 bilion DOGE bernilai $117.35 juta kepada syarikat exchanger kripto Binance pada 25 Januari dan diteruskan dengan pemindahan 985 juta memecoin itu ke wallet

Sebagai rekod, wallet whales tersebut tidak aktif sejak ia membeli berbilion DOGE pada tahun lepas tetapi kini aktif semula dan mula memperdagangkan memecoin tersebut pada hari pendapatan suku tahunan Tesla.

Meskipun begitu, sesetengah whales masih menjual DOGE masing-masing ekoran mereka berpandangan harganya bakal menjunam jika memecoin tersebut tidak mendapat sambutan daripada peminat DOGE Elon Musk.  

Setakat penulisan ini, harga DOGE yang sebelum ini susut 5% telah melonjak kembali pada paras $0.08651 dengan volum dagangannya pula raih sekitar 5% dalam tempoh 24 jam terakhir.

Dalam pada itu, para pelabur menjangkakan seluruh pasaran kripto akan susut semula dalam tempoh terdekat ini susulan harga Bitcoin (BTC) dan Ethereum (ETH) tidak membuat sebarang kenaikan yang ketara.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat