‘Whales’ Senyap-Senyap Borong Cardano Menjelang Pelancaran Ciri Terbaru!

270

Pasaran kripto kian mendapat perhatian dan limpahan berikutan krisis bank serantau AS sejak beberapa minggu lepas, beberapa altcoin telah membuat kemajuan. Harga Bitcoin mencapai paras tertinggi dalam masa sekitar sembilan bulan, kerana ekonomi AS terus bergelut dengan dua kebimbangan utama iaitu krisis perbankan dan inflasi yang meningkat.

Disisi lain, kelompok Whales ada yang memilih untuk memegang Cardano kerana menjangkakan kenaikan harga $ADA dalam beberapa minggu akan datang. Ini berlaku selepas harga Bitcoin menyaksikan lonjakan mingguan sekitar 6%.

Data rantaian menunjukkan bahawa Whales Cardano dengan pegangan antara 1 juta hingga 10 juta $ADA terus mengisi beg mereka sejak kebelakangan ini. Whales ini telah menambah sekitar 150 juta $ADA sepanjang bulan Mac 2023, bernilai $57 juta. Dari segi sejarah, corak pembelian yang jelas daripada whales boleh mendorong lonjakan harga.

Komuniti Cardano sedang menantikan pelancaran ciri terbaru Milkomeda di atas platform EVM Cardano. Ciri ini akan memberi pengguna Cardano akses kepada kontrak pintar Ethereum Virtual Machine (EVM) dengan menggunakan dompet ADA. Sebastien Guillemot, pengasas bersama Milkomeda, mendakwa bahawa penambahan ciri itu akan menjadikan Cardano sebagai rangkaian EVM teratas.

“Milkomeda (lapisan EVM Cardano) sedang melancarkan ciri yang membolehkan setiap engguna Cardano menggunakan kontrak EVM terus daripada dompet Cardano. Ini akan menjadikan Cardano sebagai salah satu rangkaian EVM terbesar mengikut bilangan pengguna.”

Harga ADA kini didagangkan pada $0.3937 dan paras rintangan $0.427 dan $0.46 jadi perhatian para pelabur.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat