Kembar Winklevoss Dedahkan Sebab Harga BTC Melonjak Tinggi

1,622

Pengasas pertukaran matawang Gemini, Tyler dan Cameron Winklevoss dalam satu pendedahan menjelaskan pergerakan Bitcoin (BTC) ke paras tertinggi baru-baru ini ternyata berbeza dengan bullish trend yang berlaku pada tahun sebelumnya.

Menerusi Squawk Box Asia CNBC ketika FinTech Festival di Singapura, Tyler memberitahu all-time high $19,779 pada awal Disember menunjukkan pelabur Bitcoin pada tahun ini jauh lebih hebat membuat pelaburan dengan membeli aset itu dalam diam.

Tidak keterlaluan individu itu turut menyamakan mereka sama seperti figura terkenal Paul Tudor Jones dan Stanley Druckenmiller.

“Ia bukan disebabkan FOMO maka ia sangat berbeza dengan sejarah rekod tertinggi pada 2017,” katanya.

Rekod tersebut telah mengatasi all-time high pada 2017. Namun, pada 2018 harga aset Satoshi Nakamoto susut mendadak, didorong oleh spekulasi runcitan.

Kali ini lonjakan Bitcoin berpunca daripada kepercayaan pembeli terhadap syiling itu sebagai aset simpanan bernilai, jauh lebih hebat berbanding emas dengan jangkaan akan mencecah nilai $500,000 untuk sedekad lagi.

Firma besar seperti Square dan MicroStrategy membuat pelaburan di dalam Bitcoin kerana kebimbangan terhadap inflasi dengan pencetakan wang dan rangsangan gara-gara penularan wabak COVID-19.

Tyler turut mengetengahkan peningkatan jumlah wang dolar US yang dicetak dan hutang menyebabkan tidak masuk akal bagi pentadbiran untuk membayar hutang, menyebabkan kebanyakan mula beralih kepada BTC.

Ketika penulisan, Bitcoin didagangkan pada $19,178, meningkat 0.06% daripada rekod terendah 24 jam, $18,960.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat