XRP Catat Lonjakan 6% Ketika Bitcoin Melepasi $19,000

354

Awal Disember matawang Ripple, XRP menunjukkan sedikit lonjakan sebanyak 10% dalam tempoh 24 jam ketika Bitcoin (BTC) berjaya melepasi paras $19,000.

Pada masa yang sama BTC turut melonjak sekitar 6%, melepasi paras $19,500 kepada nilai tertinggi, $19,779.

Melihat kepada pergerakan Bitcoin ketika ini, XRP dijangka untuk bergerak lebih tinggi dalam beberapa hari jika BTC terus melonjak.

Ketika penulisan, XRP kini berada pada paras $0.6 dan BTC didagangkan pada harga $19,615.

Penganalisis yakin dengan aset Ripple walaupun pada minggu lalu terdapat lonjakan kuat sebelum susut mendadak. Dalam jangka masa pendek, aset itu mula menghampiri tahap rintangan utama, menunjukkan potensi untuk melonjak pada masa akan datang.

Jika diperhatikan pada carta, tiada rintangan sehingga harga berjaya melepasi julat terkini.

Ketika Bitcoin bertahan di bawah $20,000, penganalisis tidak begitu yakin walaupun aset Satoshi Nakamoto mencatatkan peningkatan harga berterusan.

Bagaimanapun, lambakan pelabur institusi yang mula berminat terhadap BTC berpotensi untuk membawa aset kripto utama ini ke paras tertinggi dan masa akan menentukan penembusan seterusnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat