“Harapnya naik lagi la, ada ke siapa-siapa kat sini yang masih hold memecoin anjing ini?”
Memecoin terbesar Dogecoin (DOGE) akhirnya berjaya memuncak ke paras tertinggi sejak Disember 2021 pada $0.22 di tengah-tengah sentimen yakin dan spekulasi tentang memecoin bertemakan anjing di platform media sosial X.
Selain spekulasi tentang penggunaan token pada X yang mungkin meningkatkan minat perdagangan, DOGE cenderung bertindak balas terhadap perkembangan berhubung pembayaran di mana-mana firma milik Elon Musk seperti X atau Tesla dan beberapa siaran media sosial daripada ahli komuniti DOGE.
Susulan cawangan pembayaran baharu X dianugerahkan banyak lesen di AS, ramai turut berspekulasi mengenai pelaksanaan pembayaran kripto di dalam platform itu, ulas pembangun DOGE sambil menambah Elon Musk berkata X sangat hampir untuk peroleh lesen transmitter wang di California.
Sungguhpun volum kripto yang lebih luas kekal lebih rendah, volum dagangan untuk DOGE tampaknya melihat pencanakan sehingga $7 bilion dalam tempoh 24 jam terakhir daripada $3 bilion pada awal minggu ini.
Selain itu, niaga hadapan yang menjejaki token menyaksikan open interest meningkat pada hampir $2 bilion merentas bursa kripto daripada $1 bilion pada hari Isnin lepas yang menunjukkan peningkatan bets untuk turun naik harga.
Menurut X pada Januari 2024, mereka rancang melancarkan perkhidmatan pembayaran peer-to-peer pada tahun ini, tetapi perlu diketahui masih belum ada komunikasi rasmi sama ada DOGE akan jadi pilihan pembayaran atau tidak.
Setakat penulisan ini, harga DOGE melonjak sebanyak 7.27% pada paras $0.21 dalam masa 24 jam lepas dengan modal pasaran bernilai lebih $30 bilion kemudian merekodkan kenaikan 39.93% sepanjang minggu lepas.