Woooof! Dogecoin Mendaki Sebab Telefon Pintar Elon Musk!

174

Memecoin terbesar Dogecoin (DOGE) menyaksikan pendakian setelah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla, Elon Musk berhasrat membina telefor pintar yang dinamakan sebagai “Dogedaddy’s Feud” walaupun beliau kini mempunyai perbalahan bersama Apple.

Oleh demikian, DOGE yang mempunyai modal pasaran ke-8 terbesar telah menembusi paras $0.1 pada malam Selasa selepas Musk menghebohkan rancangannya berkaitan pelancaran Twitter 2.0 berikut.

Musk difahamkan telah memaparkan slide di akaun Twitter miliknya yang mengandungi butiran mengenai sebahagian rancangan beliau di mana terdapat satu slide melihatkan bahagian pembayaran, tetapi imej atau informasi lanjut tidak dikemukakan lagi.

Kenyataan Musk tersebut akan memberi keterujaan kepada para pelabur ekoran DOGE mungkin menemui kejayaan pada masa hadapan apabila beliau melaksanakan rancangan itu.

Secara rekod, DOGE pada minggu ini menyaksikan pencapaian terbaik berbanding aset digital lain dengan melonjak 24% dalam tempoh 7 hari lalu, namun buat masa ini harga memecoin tersebut telah menyusut sedikit pada zon 0.09854.

Antara kripto yang turut menunjukkan prestasi memberangsangkan selain daripada DOGE adalah Huobi Token (HT) yang raih 22% dalam tempoh 7 hari terakhir semasa memeterai perjanjian bersama Poloniex.

Terdahulu semasa Musk sudah memperoleh platform media sosial Twitter, beliau sentiasa meluahkan keinginannya untuk wujudkan sistem pembayaran berdasarkan kripto dalam platform tersebut, tetapi sehingga kini tidak pasti sama ada ia sekadar gurauan ataupun sebaliknya.

Namun, beliau yang menjadi penyokong tegar DOGE setelah sekian lama telah memberi impak positif terhadap pergerakan harga memecoin tersebut setakat ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat