Wow! AirAsia Lancarkan Perkhidmatan Penghantaran Parcel Mereka Sendiri

588

Bayangkan Tony Fernandes yang hantar parcel depan pintu rumah anda!

AirAsia Group Bhd telah melancarkan perkhidmatan penghantaran barangnya (Parcel) sendiri, ‘AirAsia xpress’ bagi memanfaatkan perkembangan e-dagang di Malaysia.

Dalam satu kenyataan bertarikh 23 November, syarikat penerbangan itu berkata mereka melancarkan AirAsia xpress sebagai salah satu usaha baharu untuk mengembangkan perniagaan dgitalnya bagi menambah pendapatan syarikat penerbangan yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.

AirAsia xpress akan dikuasakan oleh Teleport, cabang logistik syarikat AirAsia.

AirAsia xpress akan meliputi bandar terpilih seperti di Lembah Klang serta 6 bandar utama lain iaitu Melaka, Johor Bahru, Kota Bharu, Pulau Pinang, Ipoh dan Kota Kinabalu dan bagi kawasan antara bandar, antara negeri dan antarabangsa di bandar utama lain bakal menyusul tidak lama lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Super App, Amanda Woo menyatakan Super App merupakan aplikasi harian untuk menjadikan kehidupan pengguna lebih mudah melalui pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan manakala semua transaksi dalam talian adalah selamat dan boleh dipercayai.

Ketua penghantaran (e-dagang) AirAsia Super App, Lim Ben-Jie menambah lagi pengguna akan kekal bergantung kepada perkhidmatan penghantaran yang cekap dan berpatutan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Teleport, Pete Chareonwangsak berkata misi Teleport adalah menyediakan perkhidmatan yang bukan sahaja berpatutan tetapi pantas dan memenuhi permintaan pasaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat