Wow! Apa Pula ‘Plan’ Tesla Di China?

260

Tesla Inc mendedahkan bahawa mereka merancang untuk memulakan pembuatan pengecas kenderaan elektrik (EV) di China pada tahun 2021, yang merupakan sebahagian daripada usaha syarikat pembuat kereta AS itu untuk meningkatkan penjualan di pasaran kereta terbesar di dunia.

Untuk pengetahuan semua, Tesla, yang kini menjual kereta elektrik Model 3 di China dan merancang untuk menghantar kenderaan utiliti sport Model Y pada tahun 2021, didakwa akan melabur sebanyak 42 juta yuan di sebuah kilang baru untuk membuat generasi ketiga pengecas kenderaan yang dikenali sebagai Supercharger V3.

Tambahan daripada itu, kilang berkenaan terletak berhampiran dengan kilang keretanya di Shanghai.

Di samping itu, China, yang menawarkan subsidi besar untuk kenderaan elektrik didorong oleh usaha untuk mengurangi pencemaran dari kereta petrol atau diesel, telah mengembangkan rangkaian charging points di seluruh negara, salah satu cabaran terbesar untuk mendorong penggunaan EV.

Walau bagaimanapun, kilang baru Tesla itu dijangka siap pada suku pertama tahun depan dan akan mempunyai kapasiti untuk membuat 10,000 pengecas setahun. Manakala kilang kereta Shanghai, yang menjadi pusat strategi pertumbuhan global Tesla, menfokuskan kepada penghasilan 150,000 sedan Model 3 tahun ini telah mula mengeksport beberapa kenderaan ke Eropah.

Berikutan dengan kejayaan mencatatkan penjualan lebih daripada 13,000 kenderaan di China pada bulan Oktober, Tesla merancang untuk mengembangkan lagi keupayaan penyelidikan mereka di Shanghai.

Hal ini demikian, kerana China kini mengimport pengecas EV, yang kebiasaannya dipasang di stesen pengecasan atau tempat letak kereta, dari Amerika Syarikat.

Oleh itu, Tesla merancang untuk memperluas rangkaian pengecasannya bagi memberikan perkhidmatan yang lebih baik.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat