Wow! Jepun & Korea Selatan Bergabung Dengan AS Untuk Tangani Korea Utara!

1,246

‘Macam ada something jee ni. Cuba tengok reaksi USD/JYP nanti.’

Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida dan bakal Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-Yeol menyatakan persetujuan mereka untuk meningkatkan hubungan 3 hala dengan Amerika Syarikat (AS) sebagai tindak balas kepada ancaman ketenteraan Korea Utara.

Menurut laporan, Kishida dan Yoon juga bersetuju untuk kekalkan perhubungan rapat dengan Korea Utara.

Hal ini berlaku ekoran tindakan Korea Utara yang baru-baru ini menggunakan sistem peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) terbesarnya dalam 2 pelancaran rahsia, seterusnya memberi bayangan bahawa negara itu mungkin akan menyambung semula ujian jarak jauh peluru berpandu tersebut.

Kishida dalam satu kenyataan berkata hampir semua pilihan diplomatik dibuka bagi berurusan dengan Korea Utara termasuk pilihan sekatan dan Jepun akan terus berhubung rapat dengan AS dan Korea Selatan mengenai sebarang tindakan balas.

Dalam pada itu, Jurucakap Yoon yang baru-baru ini telah memenangi pilihan raya presiden, berkata beliau mengharapkan kerjasama 3 hala yang lebih besar melibatkan AS dalam menangani isu berkenaan Korea Utara tersebut.

Umum mengetahui bahawa hubungan antara kedua-dua negara jiran itu menjadi tegang selepas isu penjajahan Jepun pada 1910 sehingga 1945 di semenanjung Korea.

Yoon dalam satu kenyataan memberitahu Kishida bahawa adalah penting untuk menyelesaikan isu 2 hala yang belum selesai dalam ‘cara yang munasabah dan saling menguntungkan’, selain menambah kedua-dua pihak mempunyai banyak bidang kerjasama termasuk keselamatan serantau dan ekonomi.

Selain itu, Yoon turut menzahirkan ucapan takziah kepada mangsa gempa bumi 2011 yang melanda timur Jepun sempena ulang tahun ke-11 tragedi itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat