Wow! Kerajaan UK Serius Mahu Lancarkan NFT Jun Ini!

257

Dalam pengumuman terbaru, menteri kewangan United Kingdom (UK), Rishi Sunak mengumumkan rancangan kerajaan untuk melancarkan koleksi non-fungible token (NFT) sebagai tanda usaha menjadi pelopor dunia dalam industri mata wang kripto.

Perkara ini telah disahkan sendiri oleh perbendaharaan UK melalui ciapan rasmi pada malam tadi waktu Malaysia:

Pengeluar syiling negara itu, Royal Mint akan menggalas tanggungjawab baharu – mencipta dan mengeluarkan NFT.

Dijangka pelancaran NFT tersebut akan berlangsung sekitar Jun tahun ini.

Menurut setiausaha ekonomi, John Glen, pendekatan yang diambil secara khususnya bertujuan untuk menyokong teknologi kewangan dan kripto.

Tidak cukup dengan itu, UK mahu mewujudkan landskap penyeliaan dinamik yang serasi dengan kehadiran dan perubahan teknologi.

Berikut rincian langkah lain yang akan diambil:

  • Menerima kehadiran stablecoins sebagai sebahagian daripada medium pembayaran tempatan.
  • Berunding dengan negara-negara besar untuk meluluskan undang-undang perdagangan dalam mata wang kripto, termasuk Bitcoin (BTC).
  • Mengesahkan status komuniti berasaskan blockchain, organisasi autonomi desentralisasi (DAO).
  • Memantau pengenalan cukai bagi pinjaman kewangan desentralisasi (DeFi) dan staking yang mana akan membantu pengguna kripto mendapatkan faedah daripada simpanan mereka.
  • Mewujudkan Cryptoasset Engagement Group yang terdiri daripada barisan menteri, serta individu utama dari jabatan penyeliaan dan perniagaan UK).
  • Mengkaji aplikasi berdasarkan blockchain (atau DeFi) dalam penghasilan instrumen pinjaman.

Nampaknya usaha kerajaan UK jelas berbeza dengan Amerika Syarikat (AS) yang baru sahaja mengumumkan pemantauan terhadap pasaran kripto selepas kelulusan perintah eksekutif daripada presidennya, Joe Biden.

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat