Wow! Vaksin Pfizer Kini Jauh Lebih Berkesan Dari Vaksin Moderna!

1,164

Syarikat Pfizer dan BioNTech melaporkan pada hari Rabu bahawa analisis data mereka yang terkahir mendapati bahawa vaksin Covid-19 mereka mempunyai keberkesanan sebanyak 95% dalam mencegah Covid-19.

Uji kaji mendapati bahawa dos pertama menunjukkan kesan yang sangat positif selepas 28 hari. Bukan itu sahaja, vaksin ini juga sesuai untuk semua usia, bangsa dan etnik sebagaimana yang dikatakan oleh pencipta vaksin.

CEO BioNTech Ugur Sahin dalam satu kenyataan juga mengesahkan akan perkara tersebut bahawa vaksin keluaran syarikat beliau sesuai untuk semua peringkat umur. Turut dimaklumkan bahawa vaksin tersebut juga bertindak mencegah beberapa penyakit lain.

Analisis akhir itu didakwa telah menilai 170 jangkitan Covid-19 yang disahkan di antara 43,000 peserta percubaan peringkat akhir. Dalam 162 kes Covid-19 diperhatikan pada kumpulan plasebo berbanding kes yang diperhatikan pada kumpulan yang menerima suntikan vaksin sebanyak 2 dos. Ianya menghasilkan keberkesanan vaksin yang dianggarkan sebanyak 95%.

Laporan ini dikeluarkan susulan selepas pengumuman awal bahawa vaksin Pfizer dan BioNTech memiliki keberkesanan sebanyak 90% dan dua hari susulan pengumuman bahawa vaksin Moderna menghasilkan keberkesanan vaksin yang dianggarkan sebanyak 94.5%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat