Xi Jinping Dah Bersuara! Sedia Jadi Perantara Perang Ukraine-Rusia?

1,299

Presiden China, Xi Jinping memberitahu Canselor Jerman Olaf Scholz dan Presiden Perancis Emmanuel Macron bahawa negara itu bersedia untuk bekerjasama menjadi pengantara dalam perang Ukraine-Rusia.

Bercakap dalam panggilan secara maya pada hari Selasa, Xi turut mengatakan keadaan di Ukraine adalah membimbangkan dan China sangat berdukacita dengan tercetusnya perang di benua Eropah.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Luar China, beliau memberitahu bahawa Beijing akan kekal dalam komunikasi dan penyelarasan dengan Perancis, Jerman dan Kesatuan Eropah (EU) serta bekerjasama secara aktif bersama masyarakat antarabangsa.

Selain itu, beliau juga menambah bahawa semua usaha kondusif untuk penyelesaian damai dalam krisis mesti disokong.

Menurut Kementerian Luar China, Scholz dan Macron berkata kedua-dua negara bersedia untuk mengukuhkan komunikasi dan penyelarasan dengan Beijing untuk mempromosikan rundingan damai.

Umum mengetahui bahawa China dan Rusia berkongsi minat strategik dalam mencabar negara-negara Barat, tetapi pencerobohan Ukraine telah menguji persahabatan mereka.

Beijing tidak secara langsung mengutuk serangan Rusia atau mengenakan sekatan ke atas Moscow tetapi ia juga tidak tergesa-gesa membantu Rusia selepas ekonominya dilanda sekatan dari seluruh dunia.

Hal ini kerana, penganalisis mengatakan pilihan yang dimiliki Beijing adalah terhad, mendakwa bahawa institusi-institusi kewangan dan syarikat China sebenarnya takut akan sekatan kedua jika mereka berurusan dengan Rusia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat