“Betul ke harga akan volatile ni, entah-entah kat situ-situ je.”
Mata wang kripto Ripple (XRP) diramal bakal menyaksikan pergerakan volatile dalam masa terdekat ini susulan terdapat beberapa perkembangan menarik yang mungkin dapat mendorong harganya memberi reaksi.
Pada awal minggu lalu, Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) dilaporkan memfailkan taklimat interlokutori untuk merayu keputusan Hakim Analisa Torres yang memutuskan bahawa XRP bukanlah sekuriti.
Namun, Ketua Pegawai Undang-undang XRP Stuart Alderoty menyelar percubaan SEC yang menunjukkan hasratnya untuk merayu.
Jadi di sini dapat dilihat bahawa seluruh pasaran kripto pada masa ini sedang memerhati tindak balas XRP terhadap pemfailan SEC tersebut yang mampu mengakibatkan harga aset digital itu turun naik secara ketara.
Menerusi pemerhatian, XRP makin menghampiri zon sokongan sangat penting yang terletak pada $0.55 tetapi harganya mampu menghentikan pergerakan menurun selanjutnya dan memulakan kenaikan untuk capai sasaran pentingnya semula pada $0.80.
Setakat penulisan ini, harga XRP melonjak sebanyak 0.69% pada paras $0.63 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $33 bilion kemudian merekodkan kenaikan sekitar 1.93% sepanjang minggu lepas.
Pada sisi berbeza, spekulasi berhubung dana dagangan bursa (ETF) XRP telah muncul sejurus selepas bursa kripto Gemini secara rasminya menambah aset digital tersebut ke dalam portfolionya baru-baru ini.