Yearn.finance sebuah perkhidmatan pengagregat untuk pelabur kewangan yang tidak berpusat (DeFi), menggunakan automasi untuk membolehkan mereka memaksimumkan keuntungan daripada menternak hasil (yield farming).
Cetusan idea oleh Andre Cronje yang dilancarkan pada Februari 2020.
Yearn.finance bertujuan untuk memudahkan ruang DeFi sentiasa berkembang untuk pelabur yang tidak berfikiran secara teknikal atau berinteraksi dengan cara yang kurang komited berbanding peniaga yang serius.
Seterusnya, mari kita lihat carta pergerakan harga YFI/USDT.
Pergerakan harga YFI dilihat hanya dapat merekodkan lonjakan lebih 300% bermula dari Januari hingga Mei 2021 dengan mencatatkan paras ketinggian sepanjang masa (ATH) terbaru di paras harga $93,435 pada 12 Mei yang lalu.
Namun YFI gagal untuk mengekalkan konsisten pergerakan yang positif sehingga menyusut ke paras sokongan sekitar $28,000 di penghujung bulan Mei yang mendapat impak kejatuhan Bitcoin (BTC).
Tambahan pula, sentimen pasaran kripto kurang mendapat sokongan yang kuat sehingga pergerakan harga YFI masih lagi dilihat bergerak secara lemah sehingga kini, begitu juga matawang kripto yang lain.
Pandangan sudut teknikal, harga YFI telah melepasi paras sokongan dan dijangka bakal membuat kenaikan semula ke zon SBR (support become resistance) sekitar $40,000.
Paras tersebut bakal diuji terlebih dahulu sebelum membuat kenaikan yang lebih tinggi atau meneruskan kenaikan ke zon SBR yang seterusnya.
Sebaliknya, jika harga YFI kembali membuat penurunan semula, zon sokongan sekitar $28,000 tersebut bakal diuji semula samada membuat rebound atau meneruskan penurunan ke paras terendah yang pernah di catatkan sebelum ini.
Ketika penulisan, YFI/USDT didagangkan pada $31,400 melonjak lebih 1% dalam tempoh 24 jam terakhir. Koin kini berada di kedudukan ke-63 pada carta kripto.
Lihat gambar carta matawang kripto YFI/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.