Yellen Beri Amaran, AS Berdepan Masalah Besar Di Pertengahan Disember!

1,001

Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat, Janet Yellen memberitahu bahawa tarikh akhir untuk meningkatkan siling hutang pada 15 Disember berbanding 3 Disember yang dijangkakan pada awalnya.

Tambahan masa selama 12 hari itu akan memberi lebih banyak waktu kepada Kongres untuk mendapatkan kesepakatan sama ada akan meningkatkan siling hutang atau menangguhkannya.

Sekiranya penggubal undang-undang AS gagal berbuat demikian sebelum tarikh tersebut, kerajaan AS mungkin akan mengalami ‘default’.

Melalui surat yang diutuskan kepada Speaker Dewan Perwakilan, Nancy Pelosi, Yellen menjelaskan anggaran terbaru itu adalah sebahagian daripada hasil penggubalan pelan infrasktruktur Presiden Joe Biden yang bernilai $1 trilion.

Menurutnya, daripada Akta Pelaburan Infrastruktur dan Pekerjaan yang ditandatangani Biden semalam, dana tersebut perlu dipindahkan ke dalam Kumpulan Wang Amanah Lebuhraya dalam tempoh satu bulan selepas penggubalan undang-undang dan pemindahan itu akan diselesaikan pada 15 Disember.

Walaupun beliau yakin bahawa Perbendaharaan akan dapat membiayai kerajaan AS sehingga 15 Disember, tetapi terdapat senario di mana Perbendaharaan tidak mempunyai dana yang cukup untuk terus membiayai operasi kerajaan AS selepas tarikh ini.

Yellen menjangkakan ‘default’ akan membawa kepada kemelesetan dan menjejaskan peranan dolar AS sebagai matawang rizab dunia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat