Pengerusi The Federal Reserve, Janet Yellen dilihat ‘tidak pasti’ sama ada inflasi akan naik semula dalam masa terdekat. Beliau menyatakan kebarangkalian untuk harga kekal di paras rendah beberapa tahun akan datang.
Yellen juga mengatakan beliau tidak percaya ‘jangkaan inflasi’ telah meleset begitu banyak walaupun kadar inflasi telah berada di bawah sasaran sejak lima tahun lepas.
Inflasi sepatutnya naik semula tahun depan atau dua tahun akan datang, kata beliau.
“Saya akan kata saya begitu tidak pasti tentang perkara ini. Rakan-rakan saya juga tidak pasti dengan perkara ini sama ada ia hanya sementara, dan kami sedang memerhatikan perkara ini secara teliti.”
Bank pusat telah mengulangi pendirian mereka bahawa inflasi akan naik semula walaupun bacaan inflasi pilihan mereka kini susut ke paras 1.3%. Kadar pengangguran jatuh ke paras 4.1%, di mana pertumbuhan ekonomi kini naik sehingga 3%.
Yellen menegaskan kadar inflasi yang berada di bawah sasaran terlalu lama adalah merbahaya. Fed perlu mengelakkan pengangguran yang berada jauh di bawah paras yang stabil.