Yen dan Euro Melemah Dalam Sesi Dagangan Eropah

32

US Dollar meneruskan peningkatan pada Isnin dan kekal pada puncak tertinggi bulanan dalam sesi dagangan ini.

Pun begitu, kebanyakan pelabur dilihat semakin ragu-ragu terhadap Hillary Clinton untuk memenangi pilhanraya presiden AS berikutan siasatan FBI terhadap emel peribadinya.

US Dollar Index dikatakan meningkat kepada 99.119.

US Dollar jatuh pada hari Jumaat selepas Biro Persekutuan Siasatan AS mendedahkan siasatan emel yang baru ditemuinya beberapa hari sebelum menjelang pilihanraya presiden.

Trump yang sentiasa berada dibelakang Clinton juga dilihat mula memiliki peluang yang cerah 8 November nanti.

Pelbagai isu yang berlaku menjadikan pelabur sentiasa berhati-hati terhadap risiko yang bakal menjejaskan pasaran matawang.

Sebelum isu ini dicetuskan, US Dollar meningkat gara-gara data positif KDNK dari AS bagi suku ketiga.

Dalam sesi ini, US Dollar melonjak berbanding yen.

Bank of Japan akan memulakan kajian semula kadar yang akan dipengerusikan oleh Gabenor Haruhiko Kuroda.

Dalam sesi ini juga, Euro kembali menyusut selepas memperoleh keuntungan beberapa hari sebelum ini.

EUR/USD, 30 minit
EUR/USD, 30 minit

KDNK Malaysia Menyusut dan Ringgit Turut Jatuh? 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat