Yen Meneruskan Momentum Bertahan!

50

Yen meningkat lebih rendah pada hari Rabu berikutan sentimen risiko yang bertambah baik dan permintaan yang semakin berkurangan terhadap matawang safe haven.

US Dollar dicatat melonjak sebanyak 0.2 peratus kepada 111.30 Yen. Matawang ini menambah keuntungan besar yang dibuat pada Selasa selepas meningkat sebanyak 1.2 peratus iaitu kenaikan terbesar US Dollar berbanding Yen dalam tempoh tiga bulan.

Kebimbangan juga semakin berkurangan sejak pusingan pertama pilihanraya Presiden Perancis berakhir serta beberapa data positif yang dilaporkan daripada AS. Dasar pembaharuan cukai juga dijangka akan diumumkan pada Rabu oleh pentadbiran Presiden Donald Trump yang juga sekali gus membantu meningkatkan US Dollar berbanding Yen.

Dalam laporan lain, Nasdaq Composite juga mencecah rekod tertinggi pada Selasa manakala Dow Jones Industrial Average dan S&P 500 juga berlegar di puncak tertinggi berikutan pendapatan korporat yang lebih kukuh.

Memetik kenyataan penganalisis bagi Bank of Tokyo-Mitsubishi UFJ di Singapura, walaupun didagang pada paras tertinggi, pasaran masih belum dapat menilai sama ada Greenback akan meneruskan momentum lonjakan berbanding Yen.

Tumpuan akan diberikan kepada data ekonomi AS yang akan datang terutamanya selepas penurunan terhadap beberapa petunjuk ekonomi baru-baru ini.

Euro juga didagang melonjak sebanyak 0.1 peratus kepada $1.0938. Matawang tersebut mencecah paras tertinggi dalam tempoh 5 ½ bulan selepas calon Emmanuel Macron dalam pusingan pertama pilihan raya Presiden Perancis pada hari Ahad.

Dalam sesi ini juga, Dollar Kanada dinilai berbanding C$1.3572 per Dollar, tidak jauh daripada paras terendah semalam apabila menyentuh tahap terendah sejak Februari 2016.

JJPTR Memberi Alasan Akaun Forex Trading Mereka Digodam

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat