JJPTR Memberi Alasan Akaun Forex Trading Mereka Digodam

165

Umum mengetahui laporan yang mengatakan kejatuhan skim pelaburan JJPTR mungkin akan menyebabkan kerugian sebanyak RM500 juta di mana pelabur dijanjikan pulangan sebanyak 20 peratus setiap bulan.

Pengasas JJPTR Johnson Lee sebelum ini memaklumkan bahawa akaun trading mereka telah digodam yang menyebabkan kerugian besar. Beliau pada Ahad menggesa para pelabur supaya tidak membuat laporan polis kerana masih ada baki wang dalam akaun mereka.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Penang Asst Comm Abdul Ghani berkata pihak mereka belum menerima sebarang laporan berkaitan JJPTR dan itu adalah biasa kepada pelabur yang akan menunggu sehingga setahun sebelum melaporkannya kepada pihak polis bagi mendapatkan semula wang.

Syarikat JJPTR yang berpangkalan di Pulau Pinang ini juga dikaitkan dengan dagangan matawang (forex trading) di mana orang ramai boleh membuat pelaburan serendah 25USD.

Syarikat ini juga pernah disenaraikan di laman web Bank Negara Malaysia sebagai sebuah syarikat yang tidak diiktiraf dan tidak sah. Bank Negara juga menasihatkan agar orang ramai tidak melibatkan diri dengan penyedia perkhidmatan wang yang tidak sah seperti ini di mana mereka tidak akan dilindungi oleh undang-undang pengguna.

Jika dilihat kepada dakwaan Lee (pengasan JJPTR) bahawa akaun dagangan mereka telah digodam dan menyebabkan kerugian hampir RM500 juta, alasan ini sebenarnya biasa digunakan dalam beberapa kes lain yang pernah berlaku sebelum ini tetapi dengan modus operandi yang sedikit berbeza.

Sebelum ini pengasas Johnson Lee mendakwa akaun dagangan MT4 mereka telah digodam. Apa yang membingungkan adalah pemilik MT4 iaitu MetaQuotes Software Corp sendiri mendakwa mereka tiada rekod akaun dari JJPTR menurut laporan Sin Chew Daily.

Walaubagaimanapun, Lee membuat kenyataan pada Isnin di laman facebook nya bahawa JJPTR akan mendedahkan perancangan terbaru mereka dalam masa terdekat dan berjanji akan mengembalikan wang pelabur-pelabur.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat