US Dollar menjunam berbanding Yen pada Khamis berikutan kemerosotan hasil AS ke paras terendah dalam tempoh 2 minggu. Walaupun begitu, matawang Amerika tersebut dicatat tinggi berbanding Euro dan Pound.
US Dollar jatuh 0.2 peratus pada 117.070 Yen setelah menyentuh nilai tertinggi sebanyak 117.815 Yen.
Euro hampir tidak berubah selepas kehilangan 0.4 peratus pada hari sebelumnya.
Menurut Masafumi Yamamoto iaitu Ketua Strategi Forex di Mizuho Securities di Tokyo US Dollar kelihatan merosot berbanding Yen dalam sesi ini. Namun berbanding Matawang Euro, US Dollar masih mempunyai ruang untuk menambah kekuatan.
Dalam sesi Asia juga, Sterling kekal pada $1,2229 berikutan ketidaktentuan baru yang muncul ekoran rundingan Brexit.
US Dollar Index yang melawan 6 matawang utama menyusut sebanyak 0.15 peratus, namun masih berlegar di paras tertinggi dalam tempoh 14 tahun.
Indeks ini meningkat mendadak selepas Trump mengumumkan bahawa dasar ekonomi beliau bakal merangsang pertumbuhan AS melalui rangsangan fiskal.
Bagi matawang Dollar Australia pula, ia meningkat sebanyak 0.15 peratus kepada $0.7188.