YouTube Akan Lebih Banyak Iklan? Ini Penjelasan Strategi Baru Google

95

‘Dah bagus nak bantu syarikat pengiklanan, tapi pengguna bukan tak suka ke kalau ada banyak iklan?’

Syarikat induk YouTube, Alphabet Inc sedang mengusahakan mekanisma yang boleh membantu firma pengiklanan memasukkan produk atau jenama mereka dalam muzik dan podcast.

Perkara tersebut diumumkan Naib Pengerusi pengiklanan global Google dan YouTube, Debbie Weinstein dalam membantu industri pengiklanan yang bergelut dengan kadar inflasi tinggi dan gangguan rantaian bekalan.

Umumnya, masalah inflasi dan gangguan bekalan telah menyebabkan syarikat pengiklanan menarik balik perbelanjaan bagi mengimbangi kemelut ekonomi.

Difahamkan platform penstriman video tersebut merancangkan untuk mengembangkan perkhidmatan pengiklanan global yang membolehkan jenama-jenama lain menyampaikan iklan kepada pendengar muzik dan podcast.

Dan sungguhpun YouTube terkenal dengan video, namun perkhidmatan podcast merupakan ke-2 paling popular dalam kalangan pendengar.

Atas faktor itu, syarikat merancang untuk menjual pakej penempatan pengiklanan yang dipanggil ‘Moment Blast’ yang membolehkan jenama-jenama memposisikan diri dalam pendengar YouTube apabila disambungkan kepada TV atau peranti lain.

Setakat penulisan ini saham Alphabet diniagakan tinggi 3.53% pada $99.97 dengan permodalan pasaran mencecah 1.31 trilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat