“Memang kena curi tapi korang kena baca sampai habis sebab ada plot twist tau.”
Susulan tidak sengaja mendedahkan kunci peribadinya semasa strim langsung, seorang YouTuber Brazil Ivan Bianco telah mendapati dirinya berada dalam krisis kewangan apabila tersedar kehilangan $60,000 dalam mata wang kripto dan non-fungible token (NFT) simpanan miliknya.
Diperjelaskan lebih lanjut, Bianco yang menganjurkan saluran YouTube dipanggil Fraternidade Crypto dan mempunyai lebih 34,000 subscribers telah menghadapi peristiwa buruk itu pada akhir Ogos 2023 ketika beliau cuba mencipta wallet kripto baharu.
Namun dalam masa beberapa minit, penggodam oportunistik telah menyerbu masuk kemudian mengeluarkan 87,000 Polygon (MATIC) bernilai $50,460 dan 3.35 Ethereum (ETH) yang bersamaan dengan $5,750.
Menambahkan lagi kerugiannya, Bianco turut mendedahkan bahawa beliau kehilangan beberapa NFT berharga semasa kejadian kecurian tersebut berlaku.
Rentetan itu, Bianco segera melaporkan kecurian tersebut kepada penguatkuasaan tempatan, tetapi situasi berubah di luar jangkaan apabila seorang individu tanpa nama menghubunginya di Discord telah menyatakan penyesalannya atas tindakan tidak bertanggungjawab yang dilakukannya itu.
Pencuri yang menyesal itu kemudian memulangkan 86,600 MATIC bernilai $50,000 kepada Bianco dan sebab di sebalik perubahan hati penggodam tersebut masih tidak jelas susulan beliau memilih untuk tidak dedahkan identiti penyerang.
Bagaimanapun, Bianco dalam video disiarkan pada 31 Ogos 2023 telah mengulangi komitmennya untuk bantu penguatkuasa undang-undang dalam mengesan pesalah yang bertanggungjawab ke atas kecurian baki aset digitalnya.
Bianco berharap pengalamannya akan menjadi amaran dan pengajaran berguna kepada komuniti kripto tentang kepentingan menjaga kunci peribadi masing-masing dan berwaspada terhadap potensi ancaman.