Yuan China Jadi ‘Raja’ Minggu Ini, USD Macam Mana Pula?

501

Raja mata wang US dolar mungkin menamatkan dagangan minggu ini dalam kerugian ketika pelabur menantikan lebih banyak data ekonomi dari Amerika Syarikat untuk mengukur laluan dasar Federal Reserve (Fed).

Ini diperlihatkan dengan penyusutan dolar greenback daripada paras tertinggi 2 setengah bulan berbanding yen pada sesi Eropah.

Pun begitu, mata wang yen kekal berada di bawah tekanan ekoran perbezaan dasar monetarinya dengan Amerika Syarikat yang terus menaikkan kadar faedah lebih tinggi.

Sementara itu, hasil bon AS 10 tahun yang menjadi sumber kekuatan mata wang gergasi itu terus berundur dari paras ketinggian 4 bulannya tetapi masih berada di atas 4.00%.

Pasaran kini menantikan satu lagi data untuk diterbitkan pada sesi New York, iaitu laporan PMI perkhidmatan tinjauan ISM AS.

Melihat pergerakan pasaran lebih meluas, mata wang euro diniagakan sedikit meningkat dengan didagangkan sekitar harga 1.0620 berbanding US dolar.

Dagangan pound pula terus melemah di bawah paras harga 1.2000 berbanding greenback selepas bekas Perdana Menteri Boris Johnson mengatakan bahawa perjanjian baru antara Kesatuan Eropah (EU) dan UK akan sukar mendapat kelulusan.

Selain itu, dolar Aussie dan New Zealand cuba untuk bangkit lebih jauh daripada kerugian yang dicatatkan sebelum ini dengan dorongan daripada jangkaan pemulihan ekonomi lebih kuat di China.

Susulan data pembuatan China yang kukuh dikeluarkan pada hari Rabu, ia dilihat masih menyokong kedua-dua mata wang itu untuk didagangkan lebih tinggi.

Mata wang yuan juga kekal kukuh, di mana ia ditetapkan untuk menutup dagangan minggu ini dengan kenaikan 0.8% susulan data ekonomi yang memberangsangkan.

Berminat belajar trade forex bersama Team INTRADAY? Jom sertai program mentoring Hustle 24 Hour kami. Klik di sini untuk join.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat