Zahid Hamidi Mungkin Ditahan SPRM Untuk Pendakwaan Esok?

751

Datuk Seri Zahid Hamidi berkemungkinan ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu untuk didakwa di mahkamah esok, menurut mesej yang tular di media sosial sejak beberapa jam lepas.

Ahli Parlimen Bagan Datoh itu tiba di ibu pejabat SPRM pada pukul 9.20 pagi dengan menaiki sebuah kenderaan SUV berwarna putih diikuti dengan kenderaan anak beliau, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid dan abang tiri kepada Ahmad Zahid iaitu Datuk Seri Mohamad Nasaee Ahmad Tarmizi.

Kedua-dua Nurulhidayah dan Nasaee turut dipanggil oleh SPRM untuk membantu siasatan berhubung penyelewengan dana yayasan dikaitkan dengan Zahid iaitu Yayasan Akal Budi yang digunakan bagi menjelaskan hutang kad kredit beliau.

Sebelum ini, Zahid pernah dipanggil untuk memberi keterangan kepada SPRM pada Julai membabitkan siasatan penyelewengan dana yayasan tersebut. Untuk pengetahuan anda, Zahid juga disiasat berkaitan dakwaan beliau bertemu dengan kerabat Arab Saudi yang dikatakan memasukkan wang RM2.6 billion ke akaun bekas perdana menteri, Najib Razak.

Selepas hampir lapan jam memberi keterangan, belum ada laporan terkini tentang perkembangan terbaru sama ada beliau akan ditahan atau sebaliknya pada hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat