Zeti Dilantik Sebagai Pengerusi PNB yang Baru Menggantikan Wahid Omar

662

Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dilantik menjadi Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang baru berkuatkuasa pada 1 Julai 2018.

Memetik laporan Bloomberg pada awal hari Jumaat, ia dinyatakan selepas satu mesyuarat khas di Kuala Lumpur oleh orang yang mengetahui rapat perkara ini.

Zeti ketika ini adalah salah seorang ahli Majlis Penasihat kepada kerajaan selepas bersara pada tahun 2016. Beliau juga adalah gabenor wanita pertama yang memegang kepimpinan tertinggi BNM.

Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir akan menjadi pengerusi Yayasan Pelaburan Bumiputera berkuatkuasa serta-merta bersama pemegang amanah yang baru termasuk Zeti sendiri, bekas ketua setiausaha negara Ambrin Buang, dan Menteri Ekonomi Azmin Ali.

Perletakan Jawatan Wahid Omar

Wahid mengikuti jejak langkah pengarah Telekom Malaysia Berhad dan Petroliam Nasional Berhad yang lebih awal meletakkan jawatan termasuk Gabenor Muhammad Ibrahim.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh PNB, firma pengurusan dana terbesar negara itu mengumumkan perletakan jawatan Tan Sri Abdul Wahid Omar bermula pada 30 Jun 2018. Lembaga Pengarah PNB juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada beliau dengan sumbangan dan dedikasi yang telah diberikan selama ini sebagai Pengerusi Kumpulan PNB.

PNB ditubuhkan oleh kerajaan pada tahun 1978 untuk membantu meningkatkan kekayaan etnik melayu dan bumiputera dan masih banyak melabur di Malaysia dengan jumlah aset ketika ini mencecah RM279.23 billion setakat akhir tahun 2017.

PNB juga adalah pemegang saham di beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) termasuk Malayan Banking Berhad, Sime Darby Berhad dan UMW Holdings Berhad.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat