Zon $1.17000 Kekal Bendung Kejatuhan EUR/USD

325

Lonjakan hasil perbendaharaan AS 10 tahun yang mencapai paras tertinggi sejak Julai sekitar 1.5% secara tidak langsung terus menyokong USD untuk terus mengukuh menuju penghujung bulan September.

Ini susulan kenyataan hawkish yang dilontarkan oleh Federal Reserve (Fed) pada minggu lalu serba sedikit telah mempengaruhi dolar greenback kekal bergaya mengatasi kebanyakan matawang utama walaupun memulakan dagangan awal minggu ini dengan lemah.

Fed telah memberi isyarat untuk memulakan langkah mengurangkan rangsangan secepatnya pada bulan November.

Selain itu, terdapat juga faktor yang mana terdapat kemungkinan bahawa kenaikan kadar faedah bakal dilaksanakan lebih awal daripada yang dijangkakan.

Menjadi tumpuan pasaran pada malam ini adalah ucapan yang bakal disampaikan oleh Pengerusi Fed Jerome Powell yang seterusnya akan menjadi tumpuan hangat yang berkemungkinan boleh menyokong pengukuhan USD.

Meneliti kepada carta harga pasangan mata EUR/USD, harga telah mempamerkan terjunan pada permulaan sesi Eropah semalam untuk kekal menguji zon support 1.17000.

Namun harga masih gagal untuk menembusi zon support 1.17000 tersebut dan dilihat bergerak mendatar ketika memasuki sesi New York semalam.

Dalam pada itu, mata wang Euro masih tidak berdaya untuk pamer aksi memberangsangkan setelah memperoleh suntikan yang kurang memuaskan pada penerbitan data-data ekonomi Eropah.

Sekiranya zon support 1.1700 berjaya ditembusi, pergerakan seterusnya dijangka bakal kembali menguji paras terendah yang pernah dicapai pada penghujung Ogos sekitar 1.16700.

Seterusnya, zon support pada 1.16000 akan menjadi paras tumpuan harga untuk diuji semula jika penurunan diteruskan dan sekali gus bakal merekodkan paras terendah terbaharu bagi tahun ini.

Namun jika USD kembali didagangkan lemah, zon SBR (support become resistance) sekitar 1.17500 bakal menjadi paras rintangan berikutnya untuk diuji.

Kenaikan yang lebih tinggi dijangka akan menuju ke paras rintangan 1.18000 dan berkemungkinan harga bakal memberi isyarat untuk EUR/USD kembali dengan trend bullish.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat