Zon Rintangan $1.36000 Kembali Patahkan Aksi Peningkatan GBP/USD

200

Menuju ke sesi dagangan minggu ini menyaksikan harga pada carta pasangan matawang GBP/USD masih lagi bergelut dan tidak berjaya untuk menembusi zon SBR (support become resistance) 1.36000.

Aksi penurunan yang dipersembahkan juga sudah melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada timeframe 1 jam untuk kembali memberi isyarat awal perubahan trend bakal berlaku.

Kelemahan matawang Pound pada sesi Asia dan bersambung ke sesi Eropah semalam dilihat masih disebabkan oleh tekanan harga gas yang telah meningkat sehingga mencatat rekod ketinggian terbaharu.

Namun begitu, Presiden Russia iaitu Vladimir Putin telah mengeluarkan kenyataan bahawa Rusia bersedia untuk membantu dalam menstabilkan pasaran tenaga global semula.

Kenyataan yang dilontarkan oleh beliau itu serba sedikit mempengaruhi Pound untuk mencatat pengukuhan dan seterusnya mengembalikan sentimen risk-on pada sesi New York semalam.

Walau bagaimanapun, penerbitan laporan data pekerjaan ADP NFP Amerika Syarikat (AS) yang mempamerkan bacaan positif telah menendang harga pada carta GBP/USD untuk sedikit menurun.

Setelah menembusi zon SBR 1.36000, harga dijangka berupaya menuju ke zon RBS (resistance become support) 1.35000 sebelum dinilai oleh para pelabur bagi menentukan arah pergerakan selanjutnya.

Jika penurunan harga terus berlaku, zon sokongan 1.34000 berkemungkinan bakal kembali dicecah yang mana ia merupakan zon yang telah menyokong lonjakan harga semula pada minggu lalu.

Sekiranya pergerakan harga mempamerkan peningkatan semula, zon SBR 1.36000 akan sekali lagi diuji untuk dilepasi dan menuju semula ke zon SBR seterusnya sekitar 1.37000.

Lonjakan itu bakal memberi reaksi untuk harga kembali melonjak lebih agresif dan berkemungkinan mampu menguji zon SBR yang lebih tinggi pada paras 1.38000.

Lihat gambar carta harga pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat