10 Berita Data Ekonomi Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (13-17 Disember 2021)

804

Berikut merupakan sebahagian data-data ekonomi penting yang bakal menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Laporan Data Pekerjaan UK (Selasa 3.00 Petang): Dengan penularan varian coronavirus Omicron di UK, sektor pekerjaan di UK pada November dijangka mengalami penurunan. Bacaan data yang lemah akan terus menahan bank pusat untuk mengetatkan polisi monetari.

Data Inflasi UK (Rabu 3.00 Petang): Pasaran bakal menjangkakan kenaikan pada kadar inflasi tahunan di UK untuk terbitan bagi bulan November lebih tinggi selepas mencatatkan peningkatan pada Oktober.

Mesyuarat FOMC (Khamis 3.00 Pagi): Menjadi tumpuan utama pasaran pada minggu ini adalah keputusan mesyuarat oleh Federal Reserve (Fed) untuk langkah pengetatan dasarnya yang diumumkan sebelum ini.

Laporan Pekerjaan Australia (Khamis 8.30 Pagi): Selepas mencatatkan penurunan pada Oktober, ekonomi Australia dijangka untuk merekod 200,000 pertambahan pekerjaan pada November dan penurunan pada kadar pengangguran.

Mesyuarat Polisi Bank Pusat Switzerland (Khamis 4.30 Petang): Swiss National Bank (SNB) dijangka akan terus mengekalkan kadar faedah tidak berubah di paras -0.75% dan polisi longgar.

Data PMI Pembuatan & Perkhidmatan Eropah (Khamis 5.00 Petang): Data bagi sektor ekonomi Eropah akan dinilai untuk bulan Disember selepas kehadiran gelombang Omicron yang kini kembali memberi ancaman terhadap pertumbuhan ekonomi.

Data PMI Pembuatan & Perkhidmatan UK (Khamis 5.30 Petang): UK juga berdepan ancaman Omicron dan dijangka akan memberi tempias terhadap sektor ekonomi penting selepas pengumuman langkah sekatan pergerakan oleh Perdana Menteri Boris Johnson minggu lalu.

Mesyuarat Polisi Bank Pusat England (Khamis 8.00 Malam): Selepas mengekalkan kadar faedah tidak berubah pada mesyuarat terdahulu, pelabur tidak melihat untuk kenaikan kadar faedah akan berlaku untuk mesyuarat terbaru oleh Bank of England (BOE) sementara undian ahli mesyuarat terhadap kadar dan pembelian aset akan dinilai.

Mesyuarat Polisi Bank Pusat Eropah (Khamis 8.45 Malam): Pasaran masih melihat bahawa European Central Bank (ECB) akan terus mengekalkan dasar yang longgar walaupun dibebani oleh faktor kenaikan kadar inflasi. Kenyataan susulan oleh bank pusat akan mempengaruhi pergerakan mata wang Euro dalam pasaran.

Mesyuarat Polisi Bank Pusat Jepun (Jumaat): Tiada perubahan dijangkakan oleh pelabur terhadap keputusan mesyuarat dasar monetari oleh Bank of Japan (BOJ) yang terus mengekalkan dasar longgar untuk kestabilan ekonomi negaranya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat