10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Dalam Pasaran Hari Ini!

53
  1. RBNZ telah mengurangkan kadar sebanyak 25 mata asas dalam mesyuarat dasar kewangan bulan Ogos kepada 2%.
  2. Harga minyak mentah semakin menurun ke paras kritikal dengan WTI mentah Amerika Syarikat hanya didagang pada $41.56 setong.
  3. Menurut Credit Suisse, Bank of England perlu mengkaji semula kadar faedah negatif. Mark Carney nampaknya perlu menarik semula kata-katanya kerana pernah mengeluarkan kenyataan bahawa BoE tidak akan memperkenalkan kadar faedah negatif ketika zaman pemerintahannya.
  4. Bank of England telah memulakan pembelian bond bernilai £1.17 billion pada hari Rabu.
  5. Arab Saudi dikatakan tidak peduli dengan penurunan harga minyak. Sebaliknya negara itu hanya mementingkan pengurangan persaingan.
  6. Bekas perdana menteri Denmark yang pernah membawa keluar Greenland dari EU berpendapat bahawa kesan Brexit akan dirasai lebih dari 3 tahun.
  7. Ketua eksekutif dan pengasas Alphabet Inc’s iaitu rakan perkongsian modal bersama Google telah meletakkan jawatan.
  8. Seorang Eksekutif Apple mengeluarkan kenyataan bahawa Uber tidak akan wujud tanpa Apple.
  9. Syarikat pharmaceutical, Valent dilaporkan terlibat dalam kes jenayah.
  10. Presiden Venezuela berharap ‘Jesus Christ of economics’ iaitu Marxist (Professor dari Sepanyol) boleh memperbaiki kemelesetan ekonomi dunia.

Klik artikel ini untuk mengetahui 25 syarikat minyak dan gas terbesar dunia!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat