“Padan muka kena tangkap, siapa suruh jadi scammer lagi.”
Polis Singapura yang menahan 10 warga asing berumur 31 sehingga 44 tahun telah merampas hampir $735 juta aset termasuk mata wang kripto sejurus selepas mereka disyaki melakukan pengubahan wang haram.
Selain mengeluarkan 94 hartanah dan 50 kenderaan bernilai $815 juta di bawah larangan perintah pelupusan, polis Singapura turut merampas perhiasan, minuman keras, wain mahal termasuk 35 akaun bank yang secara keseluruhannya memegang lebih $110 juta.
Bukan itu sahaja, mereka merampas wang tunai dan mata wang asing bernilai $23 juta, 250 beg, jam tangan mewah, 270 barang kemas, dua jongkong emas, 120 peranti elektronik serta 11 dokumen yang mengandungi maklumat tentang aset digital dirampas.
Meskipun begitu, polis Singapura masih mencari lapan orang yang juga terlibat dalam kes itu dan mereka disyaki adalah warganegara atau penduduk tetap negeri pulau tersebut yang memiliki pasport milik China, Turki, Kemboja dan Ni-Vanuatu.
Selepas mendapat notis aktiviti haram dan penggunaan dokumen disyaki palsu yang digunakan untuk mengesahkan sumber dana dalam akaun bank Singapura, pihak berkuasa pantas mengenal pasti beberapa warga asing yang tipu orang melalui perjudian dalam talian dari luar negara.
Pada 15 Ogos 2023, 400 pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Komersial, Jabatan Siasatan Jenayah, Komando Gerakan Khas dan Jabatan Perisikan Polis menyerbu lokasi di seluruh negara termasuk kediaman dan Good Class Bungalows (KCB).
Manakala Monetary Authority of Singapore (MAS) pada 16 Ogos 2023 mendedahkan bahawa mereka sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa undang-undang untuk mengenal pasti dana penipuan dan aset digital dalam sistem kewangan negara itu.
Menurut timbalan pengurus MAS Mo Hern Shin, Singapura sebagai hab kewangan global akan kekal terdedah kepada risiko transnasional, oleh itu pengawal selia perlu bekerjasama dengan institusi kewangan untuk kukuhkan pertahanannya.
Terdahulu, MAS telah mencadangkan whitepaper Purpose Bound Money dengan kerjasama organisasi kewangan antarabangsa untuk menggariskan protokol perkongsian dalam penggunaan kripto pada distributed ledger.