140 Pips ‘Gap’ Pada Carta GBP/USD, Apa Dah Jadi Sebenarnya?

2,705

Pelabur dikejutkan dengan perbezaan pembukaan harga (gap) pada permulaan dagangan awal minggu ini khususnya pada carta pasangan mata wang Pound dan Euro.

Pada carta pasangan utama GBP/USD, harga dibuka lebih tinggi berbanding penutupan pada minggu lalu dengan lonjakan nilai Pound dengan perbezaan gap sehingga lebih 140 pips! Apa yang terjadi?

Ye tepat jangkaan anda. Tidak lain tidak bukan situasi tersebut dipengaruhi oleh perkembangan rundingan Brexit dengan laporan terbaru pada hujung minggu bahawa Perdana Menteri UK Boris Johnson setuju untuk rundingan dilanjutkan pada minggu ini menuju 1 Januari.

Namun begitu, pelabur kekal berwaspada terhadap amaran oleh Presiden Suruhanjaya Eropah Ursulan von der Leyen yang melihatkan situasi Brexit tanpa perjanjian adalah hasil keputusan rundingan.

Sentimen lanjutan rundingan bakal memberi kesan pengukuhan nilai buat Pound sementara perkembangan pakej rangsangan ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang positif pada minggu ini akan melemahkan US dolar. Situasi ini akan mendorong kenaikan harga pada carta GBP/USD.

Pembukaan sesi Asia pada hari ini (Isnin) melihatkan harga dibuka sekitar paras 1.33600 selepas penutupan harga minggu lalu di atas paras 1.32000.

Namun harga menunjukkan penurunan sejak sesi bermula sehingga ke zon tumpuan 1.33000 sebelum menunjukkan tanda-tanda kenaikan semula.

Harga juga dilihat bergerak di atas paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam yang memberi isyarat trend bullish.

Kenaikan harga bakal menuju paras rintangan pada 1.34000 sebelum kenaikan lebih tinggi menuju pula zon resistance pada 1.35000.

Namun jika harga kembali menjunam di bawah zon 1.33000, zon RBS (resistance become support) 1.32000-1.31500 akan diuji selepas penurunan harga di penghujung minggu lalu gagal tembus ke paras lebih rendah.

Pelabur juga akan memberi tumpuan pada mesyuarat bank pusat England serta laporan pekerjaan UK untuk dagangan Pound Sterling.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat