2 Bank Ini Ikut Jejak Standard Chartered Sertai Program Perintis Digital Yuan!

226

“Negara lain pun tengah buat CBDC, tapi kenapa yuan digital China je paling diminati ramai?”

Selepas Standard Chartered, gergasi perbankan antarabangsa HSBC dan Hang Seng Bank pula secara rasmi menyertai ujian perintis yuan digital China yang menandakan detik penting bagi bank asing dalam pasaran mata wang kripto.

Langkah tersebut adalah sebagai sebahagian daripada trend yang semakin meningkat di mana institusi kewangan tradisional menerima mata wang digital bank pusat (CBDC) di seluruh dunia.

Oleh demikian, HSBC dan Hang Seng Bank pada masa ini berjaya menjadi tajuk utama susulan berani mengorak langkah untuk menerima teknologi inovatif di sebalik yuan digital yang semakin berkembang dan dikenali ramai.

Selain membenarkan pengguna kad debit untuk memanfaatkan aplikasi yuan digital untuk perkhidmatan wallet peribadi, pelanggan HSBC di China juga dapat mengaktifkan atau menyahaktifkan wallet secara lancar.

Pelanggan juga dapat menggunakan kad debit konvensional mereka untuk menambah nilai wallet RMB digitalnya tanpa sebarang rintangan.

Susulan Standard Chartered sudah melibatkan diri dalam ujian perintis yuan digital, Standard Chartered China telah mengakses platform interkoneksi yuan digital yang membenarkannya tawar perkhidmatan yuan digital kepada pelanggannya.

Kerjasama Standard Chartered bersama Mainland China yang diawasi oleh People’s Bank of China telah menekankan usaha antara bank asing dan pihak berkuasa kewangan China di mana HSBC serta Hang Seng ingin mengembangkan penggunaan CBDC bukan sahaja di Hong Kong tetapi pada skala global.

Suka dimaklumkan bahawa penyepaduan institusi perbankan tradisional ke dalam landskap mata wang digital dapat meningkatkan kepentingan dalam ekosistem kewangan yang sedang berkembang pesat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat