2 Faktor Ini Bantu Stabilkan Harga Minyak Dari Kejatuhan!

306

Pengurangan bekalan minyak mentah Amerika Syarikat dan krisis geopolitik membantu menyokong dagangan komoditi hitam di tengah sentimen pasaran yang tidak menentu menjelang mesyuarat FOMC.

Pada sesi Asia, niaga hadapan minyak mentah WTI Amerika Syarikat diniagakan kukuh pada sekitar harga $85 setong setelah mencatat pemulihan 2.8% dari kejatuhan terbesarnya pada Isnin.

Sementara dagangan minyak mentah Brent pula menghapuskan kerugian dengan meningkat sekitar 2.2% untuk didagangkan pada $87.85 setong.

Laporan terbaharu daripada Institut Petroleum Amerika (API), bekalan minyak mentah AS berkurang sebanyak 872,000 tong pada minggu lepas, berbanding jangkaan untuk penurunan hanya 400,000 tong.

Selain itu, API turut melaporkan bahawa inventori petrol meningkat sebanyak 2.4 juta tong, sementara stok penyulingan merosot sebanyak 2.2 juta tong.

Dalam pada itu, ketegangan Ukraine-Rusia tampaknya telah menerima campur tangan daripada ramai pihak, terutamanya Amerika Syarikat dan Eropah.

Kenyataan dari Presiden Perancis, Emanuel Macron mencetuskan kebimbangan terbaharu apabila beliau mengatakan sekiranya Rusia menyerang Ukraine, mereka akan bertindak balas atas tindakan tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat