2 Pandangan Ahli ECB Ini Jadi Tumpuan Pasaran! Apakah Tindakan ECB Seterusnya?

163
ECB’s Valimaki pada hari ini telah mengeluarkan pandangan yang mengundang perhatian pasaran. Dimana menurut beliau,  Bank Pusat Eropah sedang membuat kemajuan dalam menurunkan inflasi kepada 2%, tetapi memerlukan lebih banyak dapatan data sebelum pengurangan  kadar berada dalam perbincangan, dan para penggubal polisi sepatutnya menunggu “sebentar lagi” daripada bergerak secara tergopoh-gapah, kata ahli perbankan Finland, Tuomas Valimaki.

ECB mengakhiri lingkaran kenaikan kadar faedah terpantasnya pada bulan September dan dalam masa yang sama inflasi yang kini kian perlahan. Justeru tidak hairan perbincangan mengenai pelonggaran dasar sedang mendapat perhatian, walaupun pelabur dan penggubal polisi berbeza pandangan mengenai masa yang sesuai untuk dilaksanakan.

Beberapa negara kawasan Eropah yang utama akan menetapkan upah dalam beberapa bulan akan datang dan Ketua Ekonomi ECB, Philip Lane, telah berkata ECB akan mempunyai data penting menjelang mesyuarat Jun, petanda bahawa tiada perubahan kadar sehingga masa itu.

Waima begitu para pelabur berspekulasi mengenai pengurangan kadar yang jauh lebih cepat dan melihat 150 mata asas pengurangan kadar dalam kadar deposit 4% yang tertinggi dalam sejarah, dengan langkah pertama dijangka seawal pada Mac atau April.

Disisi lain, ahli ECB dan Gabenor Bank Perancis, Francois Villeroy de Galhau. juga berpandangan senada. Menurut beliau, walaupun langkah seterusnya Bank Pusat Eropah (ECB) kemungkinan adalah pengurangan kadar faedah,  namun beliau melihat tidak ada keperluan untuk bergegas melakukannya, dan ECB bersedia untuk menunggu pada waktu yang sesuai.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat