200K+ BTC Di Hantar Ke Bursa Kripto, Dakwaan Ia Adalah MicroStrategy! Adakah Benar?

482

Pasaran Bitcoin dilihat tidak berada dalam keadaan pasaran yang paling menjanjikan sejak akhir-akhir ini, kerana sentimen kekal menurun. Tinjauan dilihat negatif berikutan situasi makro dan metrik dalam rantaian yang tidak memihak.

Situasi menjadi lebih rumit apabila terdapat khabar angin bahawa kelompok whales telah menghantar lebih 200k BTC ke bursa. Ramai yang meneka bahawa kelompok tersebut ialah MicroStrategy.

Walaubagaimanapun, pihak yang lain tidak bersetuju dengan dakwaan bahawa alamat tersebut adalah milik MicroStrategy. Namun individu pengaruh seperti CryptoVinco di Twitter menyatakan bahawa beliau hampir pasti bahawa itu adalah alamat Bitcoin Michael Saylor.

Penganalisis pula beri amaran kepada pemain pasaran agar menjangkakan kejatuhan dalam harga pasaran. Perkara ini menghadirkan reaksi yang bercampur-campur dalam kalangan pemain pasaran.

Walaupun CryptoVinco yakin bahawa itu adalah Michael Saylor namun sebahagian yang lain tidak bersetuju kerana alamat itu mempunyai lebih 241K BTC yang lebih daripada baki MicroStrategy seperti yang diisytiharkan secara terbuka oleh firma tersebut.

Kebanyakan pengguna telah menyatakan bahawa peluang alamat milik Saylor’s MicroStrategy adalah rendah. Michael Saylor adalah salah seorang ahli yang mendukung penuh Bitcoin. Saylor telah beberapa kali menyatakan bagaimana firmanya merancang untuk mengekalkan BTC pada kunci kira-kiranya.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat