
Menurut laporan itu lagi, peningkatan permintaan di dalam ekonomi Jerman amat mustahak untuk masa depan Euro, dan menjangkakan perkembangan ekonomi sebanyak 0.8% untuk 2014 dan 1.1% untuk 2015. Ini adalah kurang dari jangkaan pada September lalu iaitu 0.9% untuk 2014 dan 1.4% untuk 2015.
Fitch terus melaporkan, walaupun ECB terus memberi pakej ransangan ekonomi; perkembangan Euro-Zone dikekang oleh penguncupan sektor swasta, risiko geo-politik terkesan dari Ukraine, dan struktur ekonomi yang meruncing. Euro-Zone dijangka terus dibelenggu masalah pengangguran dengan kadar lebih 11% sehingga 2016. Tiada data ekonomi untuk Euro-Zone hari ini.
















![[FOMC] Kadar Faedah Fed Kekal 4.50%, Nada Powell Berhati-Hati](http://intraday.my/wp-content/uploads/2025/05/fomc-powell-360x180.png)

































