
Pegawai ECB, Benoit Coeure menekankan peri pentingnya ECB mengambil langkah segera untuk mengatasi kemelut ekonomi Euro-Zone. Beliau melihat risiko ekonomi Euro-Zone yang menstabil pada kadar perkembangan dan inflasi yang rendah dan menyarankan bahawa perkembangan yang tepu beserta inflasi hanyalah 1% dari ekonomi. Tegas beliau lagi, ini adalah suatu yang tidak mampan.
Hari ini, Euro-Zone dengan data “employment change” dan “industrial production” yang dijangka stabil, bakal berdepan dengan data “producer price index” dan data berimpak tinggi “consumer sentiment index” dari Amerika Syarikat, yang dijangka lebih baik. Permintaan untuk Euro dijangka terus melemah dengan para pelabur yang mula memberi tumpuan kepada mesyuarat FOMC Amerika Syarikat minggu hadapan.
[kml_flashembed publishmethod=”dynamic” fversion=”8.0.0″ movie=”https://intraday.my/wp-content/uploads/2014/12/Brand-June-2013-malaysia-468×60.swf” width=”468″ height=”60″ targetclass=”flashmovie” play=”true” loop=”true”]




















































