
Data “industrial production” United Kingdom untuk 2014 dilaporkan pada 1.1% berbanding 1.8% jangkaan para penganalisa yang dibanci oleh Reuters walaupun sedikit baik dari 2013 iaitu 0.8%. Komponen terbesar “manufacturing production” untuk 2014 jatuh teruk kepada 1.7% berbanding 2.9% untuk 2013 malah jauh meleset dari jangkaan sebanyak 3.2%. Walau bagaimanapun GDP United Kingdom yang dianggarkan kekal pada paras 0.7% untuk 3 bulan akan datang, menstabilkan semula sentimen pasaran.
Hari ini dengan ketiadaan data berimpak tinggi dari United Kingdom dan Amerika Syarikat; dengan hanya “trade balance” United Kingdom yang dijangka menyusut dan “mortgage applications” serta “crude oil stock change” Amerika Syarikat yang dijangka bercampur-campur, pasaran dijangkan terus “ranging” melainkan terdapat faktor kejutan ataupun spekulasi pasaran.





















































