Pound Dollar meningkat lebih 150 mata untuk memecahkan paras tertinggi minggu lepas, sekitar 1.5757, untuk membuat paras tertinggi mingguan yang baru, sekitar 1.5786 walaupun data inflasi tahunan UK keluar jauh meleset dari jangkaan. “Consumer price index” UK yang dijangka pada 1.2% keluar pada 1.0% dan “core consumer price index” yang dijangka pada 1.5% keluar pada 1.2% yang menunjukkan kejatuhan harga barangan di United Kingdom.
Walaupun ini adalah suatu yang menggembirakan rakyat umum, ianya tidaklah begitu bagi pasaran modal dan perniagaan; kerana kejatuhan harga juga membawa maksud ekonomi yang mula menguncup dan permintaan yang kurang, sehingga para peniaga terpaksa menurunkan harga barangan untuk meningkatkan jualan. Permintaan untuk Pound Selasa semalam lebih bersifat sentimen kepada kenyataan Gabenor Carney selepas itu yang cuba meyakinkan umum bahawa Bank of England masih dalam landasan yang betul dan pemulihan ekonomi sedang berlaku. CPI UK yang keluar pada 1.0% Selasa semalam adalah yang terendah dalam tempoh 12 tahun.
Hari ini, data berimpak tinggi “BOE MPC Vote” dari UK bakal berdepan dengan data berimpak tinggi “consumer price index” dari Amerika Syarikat dan Mesyuarat FOMC awal pagi Khamis sekitar 3 pagi waktu Malaysia. Buat masa ini 2 dari 9 ahli Majlis Mesyuarat MPC Bank of England menyokong kenaikan “interest rate” dan 7 lagi menyokong pengekalan pada kadar sedia ada. Sebarang perubahan undi boleh memberikan kejutan untuk Pound.