
Tahun 2015 bakal menyaksikan pilihanraya umum United Kingdom, dan kerajaan sedia ada pimpinan David Cameron dari Parti Konservatif, sudah semahunya menunjukkan pertambahan peluang-peluang pekerjaan dengan pengurangan kadar pengangguran sebagai salah satu agenda kempen pilihanrayanya. Data inflasi Selasa lalu yang menunjukkan pengurangan, mungkin menambah sokongan rakyat terbanyak, tetapi bukan dari golongan pemegang modal dan peniaga.
Hari ini, data “retail sales” dari UK yang dijangka mengurang, dari 0.8% kepada 0.3%, bakal berdepan dengan data “initial jobless claims” dari Amerika Syarikat yang dijangka menambah 1,000 pemohon. Pasaran pasca Mesyuarat FOMC Amerika Syarikat dilihat bakal berdagang dalam suasana berhati-hati, dengan aktiviti pengambilan untung untuk menutup dagangan tahunan 2014.























































