Pound Dollar terus meningkat pada pembukaan sesi dagangan Eropah pada Isnin dengan menokok 30 mata untuk didagangkan sekitar 1.5671 apabila US Dollar kembali melemah selepas kukuh pada Jumaat lepas. Data sektor pembuatan PMI Britain melonjak naik diluar jangkaan dan lebih baik dari bulan lepas.
Data Markit PMI Britain adalah 53.5 untuk November mengatasi jangkaan 53 dan 53.2 untuk Oktober, memberian satu ransangan baik untuk Chancellor Perbendaharaan George Osborne bagi kenyataan musim luruhnya. Walaubagaimanapun sektor pembuatan untuk seluruh Euro Zone adalah lebih buruk dengan data yang menghampiri penguncupan pada 50.1 untuk November.
Kenyataan ekonomi musim luruh adalah acara kedua terpenting dalam kalendar ekonomi Britain. Tuan Chancellor perbendaharaan akan mengemaskini percukaian negara dan rancangan perbelanjaan berdasarkan jangkaan ekonomi terbaru pada Rabu 3 December ini. Para pekilang Britain telah menikmati pengukuhan pada akhir 2014 dengan data pengeluaran dan pesanan yang memberangsangkan dan berterusan hingga member kesan terhadap pelaburan dan penjanaan kerja baru lapor bancian Q4 Manufacturing Outlook yang dikeluarkan oleh EEF dan firma akauntan BDO.
Masih belum mempunyai pengalaman trading? Jom buka akaun demo bersama One Financial Markets di sini – KLIK SINI