
6 bulan pertama tahun ini, pasaran menjangkakan Bank of England bakal menaikkan “interest rate” nya lebih awal dari Federal Reserve Amerika Syarikat. Namun atas faktor inflasi yang menyusut dan yang lebih penting lagi, gaji pekerja yang yang masih belum meningkat; “interest rate” UK dikekalkan bagi menjana ekonomi seterusnya, walaupun 2 dari 9 ahli majlis MPC menyokong kenaikan segera.
Hari ini, GDP tahunan UK dijangka menguncup dari 3.2% kepada 3.0% dan GDP suku ketiga 2014, juga dijangka menguncup dari 0.9% kepada 0.8% menyebabkan para pedagang mula menjual Pound seawal sesi petang dagangan New York Isnin semalam. Pada masa yang sama, 4 data berimpak tinggi dari Amerika Syarikat yang rata-ratanya dijangka lebih baik – “Durable goods order” dijangka meningkat dari 0.4% kepada 3.1%, “personal income & outlays” dijangka meningkat dari 0.2% kepada 0.5%, “new home sales” dijangka meningkat dari 458 ribu kepada 460 ribu dan GDP dijangka meningkat dari 3.9% kepada 4.3% – Dollar dilihat bakal terus menguasai pasaran.
Masih tercari-cari Broker Forex untuk buka akaun? Broker Regulated, STP, mudah withdraw profit – KLIK SINI




















































