Pound Dollar jatuh 19 mata apabila data pembinaan PMI Britain keluar mengecewakan dengan didagangkan sekitar 1.5712 berhadapan dengan US Dollar yang semakin menguat. Data pembinaan PMI Britain jatuh dari 61.4 pada Oktober kepada 59.4 pada November yang merupakan paras terendah dalam masa 13 bulan adalah suatu petunjuk kepada sektor pembinaan yang semakin melemah.
Kelemahan ini adalah pada keseluruhan sector dengan kesan teruk pada aktiviti kejuruteraan awam semenjak Julai tahun lepas. Aktiviti komersil dan perumahan juga menunjukkan peningkatan yang minimal semenjak Oktober tahun lepas. Peningkatan mendadak dalam sektor pembuatan Britain pada awal tahun ini juga mula menunjukkan tanda-tanda yang ianya bakal berakhir dengan petunjuk Markit yang turun kepada 51.6 untuk September dari setinggi 57.0 pada April lalu. Ini adalah paras yang terendah dalam masa 17 bulan.
Markit melaporkan dalam sidang akhbarnya, kelemahan data pembuatan PMI pada Ogos lalu amat merunsingkan Jawatan Kuasa Polisi Kewangan BoE dan data yang bertambah buruk untuk September akan membuatkan BoE lebih berhati-hati sebelum menaikkan kadar faedah. Laporan lanjut mengenai sektor pembinaan dan perkhidmatan akan memberi gambaran sama ada kelemahan ini telah merebak kepada sektor yang lain.
Dapatkan 100% Bonus atas nilai deposit anda jika anda bersama FxPrimus hari ini. Buka akaun segera – KLIK SINI