GBPUSD meningkat kepada hampir 21 mata pada harga $1,6083 walaupun para pedagang terus memberi tumpuan kepada masalah yang datang dari isu kemerdekaan Scotland. Sterling mendapat sedikit ‘nafas’ walaupun terdapat kebimbangan berterusan mengenai isu Scotland, meningkat kira-kira 0.2% kepada $1,6134 setelah mencatatkan penurunan ke paras terendah dalam tempoh 10 bulan kepada $1,6060 pada hari Selasa.
Data daripada bancian terkini yang dilakukan menunjukan Alex Salmond seorang nasionalis dari Parti Kebangsaan Scotland sedang mendahului referendum yang akan diadakan pada 18 September depan. Ini sekaligus memberi langkah berhati-hati kepada para pedagang, sekiranya beliau Berjaya membawa Scotland keluar dari jajahan Britain, situasi paling buruk dalam sejarah Sterling bakal disaksikan tidak lama lagi.