Emas menyusut lebih $20 pada Isnin semalam untuk turun ke paras terendah harian sekitar $1,206.10 selepas data ekonomi Amerika Syarikat – “capacity utilization” dan “industrial production” keluar jauh lebih baik dari jangkaan pada sesi dagangan New York. Walau bagaimanapun emas terus mendapat sokongan pada harga kos produksi iaitu sekitar $1,200.
Permintaan terhadap emas dilihat meningkat apabila data ekonomi China dan Jepun menunjukkan penguncupan, dan pasaran ekuiti global yang terumbang-ambing; menjadikan para pelabur mula memilih emas sebagai pelaburan alternatif dan selamat. Pada masa yang sama, kejatuhan Dollar minggu lepas juga menyebabkan emas lebih murah untuk pemegang matawang selain Dollar.
Dollar Index yang didagangkan lebih tinggi Isnin semalam, menokok lebih 70 mata dari paras terendah Jumaat, kepada paras tertinggi harian sekitar 88.85 pada sesi petang dagangan London. Fokus minggu ini adalah pada mesyuarat FOMC pada Khamis, 3 pagi waktu Malaysia, yang bakal menentukan permintaan untuk Dollar selanjutnya. Seandainya Feds tetap dengan kenyataannya untuk “mengekalkan interest rate pada kadar rendah buat beberapa waktu”; Dollar dilihat bakal hilang momentum dan emas mungkin kembali bersinar dan mendapat sokongan terutama sekitar harga produksi $1,200.