
Emas yang jatuh ke paras terendah sejak 2010 pada November lalu, dijangkakan akan terus mendapat permintaan ekoran keraguan para pelabur terhadap perkembangan ekonomi global yang tidak menentu. Pada masa yang sama, pasaran hadapan emas menunjukkan “open interest” yang mengurang, dari 223,253 kepada 220,568, untuk Feb 2015 walaupun kontrak April 2015 menyaksikan penambahan “open interest” dari 55,323 kepada 57,787 sehingga Jumaat lalu. “Open interest” adalah jumlah kontrak pasaran hadapan yang masih belum ditutup atau disempurnakan ordernya.
Pasaran dijangka terus “ranging” dan dalam dagangan tipis hari ini melainkan terdapat kejutan pada pasaran.





















































