Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.

Emas adalah komoditi yang tidak digunakan dengan sangat meluas masa kini, namun ianya tetap dianggap sebagai aset yang berharga sejak zaman berzaman. Pada masa yang sama, minyak mentah pula adalah satu komoditi yang sangat meluas penggunaannya dalam industri, dan hanya di zaman kini dianggap sebagai aset berharga.
6 bulan lalu, harga minyak mentah mula merudum apabila produksi telaga-telaga minyak di Amerika Syarikat meningkat. Setahun sebelum itu, awal 2013, emas yang telah berada pada paras tertinggi dalam sejarah, jatuh merudum apabila para pelabur mula mengambil untung dan menjual kontrak hadapan emas ekoran spekulasi kenaikan “interest rate” dan pemulihan ekonomi Amerika Syarikat.
Akibat dari itu, hubungkait emas dan minyak telah jauh tersasar dari normanya dalam sejarah. Kebiasaannya 1 ounce emas dapat dibeli dengan 15 tong minyak mentah. Hari ini, dengan paras terendah emas Isnin semalam, sekitar $1,178.86, ia memerlukan lebih 22 tong minyak mentah pada harga $52.88 setong.






















































