
Parlimen yang terpaksa dibubarkan, bakal menyaksikan pilihanraya presiden yang baru pada tanggal 25hb Januari depan. Greece yang berdepan dengan krisis ekonomi sebelum ini, mendapat bantuan dari “troika” (EU, ECB, IMF) sebanyak 260 bilion euro untuk pemulihan ekonominya.
Walau bagaimanapun langkah berjimat-cermat yang terpaksa dilakukan kerajaan sudah tentu tidak disukai rakyat dan pembangkang dari Parti Syriza mahu membatalkan perjanjian dengan “troika” sekaligus tidak membayar balik pinjaman tersebut. Ini sudah tentu merupakan satu kejutan besar untuk pasaran Eropah dan bakal menjadikan negara yang mendapat bantuan “troika” seperti Ireland untuk mengikut jejak langkah Greece.
Pada masa yang sama, pasaran emas fizikal terus mendapat permintaan apabila China dilaporkan mengimport 149,257 kilogram emas dari Hong Kong November lalu, menokok 34% dari bulan sebelumnya.




















































